Godam ATM Guna Kad SIM


Baru baru ini mesin juruwang automatik ATM telah digolam oleh warga asing. Suspek mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi tempatan sebelum menggodam sistem komputer ATM menggunakan alat khas berteknologi tinggi.

Suspek membuka mesin ATM menggunakan sekeping kad dipercayai kad sim telefon sebelum menarik mesin ATM ke hadapan. Seterusnya suspek menggunakan alat khas untuk menggodam sistem mesin ATM terbabit bagi mengeluarkan wang.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .