iPhone 6, Apa Yang Hebat Sangat?



Apple melancarkan bukan satu, tetapi dua iPhone 6 iaitu iPhone 6 dengan skrin 4.7 inci serta iPhone 6 Plus dengan skrin 5.5 inci.

Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paran Retina HD yang baru. iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. Rekabentuk iPhone 6 juga lebih nipis dari iPhone 5S iaitu iPhone 6 hanya senipis 6.8mm manakala iPhone 6 Plus 7.1mm. Butang kuasa kini terletak pada kanan telefon, berbeza dengan sebelum ini apabila ia terletak di atas. Ini bagi memudahkan capaian menggunakan sebelah tangan, kerana penambahan saiz skrin.



CPU generasi baru A8 digunakan untuk iPhone baru ini. Ia memiliki 2 bilion transistor menggunakan proses 20nm dan menyokong sistem 64-bit. A8 juga 13% lebih kecil dari A7. Prestasinya 25% lebih baik berbanding A7 dan 50 kali lebih laju berbanding iPhone yang pertama. Ia juga menjimatkan tenaga sehingga 50% lebih baik dari generasi sebelum ini.

iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai jangka hayat bateri yang lebih baik, walaupun menggunakan skrin lebih besar, rekabentuk nipis dan prestasi lebih meningkat yang memberi lebih impak kepada bateri. iPhone 6 plus dikatakan mampu bertahan sehingga 24 jam masa berbual pada rangkaian 3G manakala iPhone 6 pula 14 jam.


Terdapat prosesor gerakan M8 dilengkapkan bersama telefon ini. Ia direka khusus untuk aplikasi kesihatan. Ia boleh menganggar jarak perjalanan, malah boleh mengukur ketinggian seperti ketika menaiki tangga. Terdapat juga sensor baru iaitu barometer, yang boleh mengukur tahap tekanan udara.

Sokongan LTE juga lebih baik dengan lebih 20 band LTE boleh digunakan. Ia juga menyokong Voice-over-LTE (VoLTE) bagi perbualan berkualiti HD. Ia kini menggunakan WiFI 802.11ac bagi capaian yang lebih jauh, pantas dan stabil. Di samping itu, ia turut menyokong WiFi Calling, yang kini disahkan disokong oleh T-Mobile di Amerika Syarikat dan EE di United Kingdom.



Antara fungsi terbaik pada iPhone ialah kamera. iPhone 6 kini dilengkapi kamera 8MP dengan tru-tone flash LED, 1.5 mikron piksel serta aperture sebesar 2.2. Kamera ini kini menggunakan sensor iSight terbaru dengan teknologi ‘Focus Pixel’ serta ‘Phase Detection Autofocus’. Gambar panorama lebih baik juga boleh diambil sehingga 43MP. iPhone 6 akan dilengkapi dengan penstabil imej digital, tetapi iPhone 6 plus mempunyai penstabil imej optikal untuk mengurangkan gegaran pada lensa dan menghasilkan gambar yang tajam.

Di samping itu, iPhone 6 boleh merakam video pada resolusi 1080p pada kelajuan 30fps atau 60fps, ataupun bagi membuat video perlahan slo-mo, ia boleh merakam pada kelajuan sehingga 240fps. Kamera hadapan FaceTime HD dinaiktaraf dengan sensor baru yang boleh menangkap 81% lebih cahaya dan mod burst selfie.



iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan datang dengan sistem operasi terbaru iOS8. Messaging kini boleh dilakukan dengan suara untuk voice-notes. Juga terdapat aplikasi kesihatan dan kecergasan terbina. Terdapat kawalan bagi memudahkan operasi sebelah tangan dan papankekunci dilengkapi Quicktype untuk menaip dengan lebih pantas. iPhone 6 dan 6 Plus akan datang dalam 3 warna iaitu emas, perak dan kelabu angkasa. Bagi pemilik peranti iPhone yang lama, iOS8 boleh mula dimuat turun bermula 17 September 2014.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .