Malware Zeus Menyasarkan Pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks



Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.

Melaui pautan yang diberi ia meminta untuk memasang sesuatu aplikasi palsu. Malware yang dikenali sebagai Zeus dari keluarga “Zitmo Banker Malware" ini merupakan malware Android yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.

Zeus melalui aplikasi palsu akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna dan membuat permindahan tunai tanpa pengetahuan pengguna.

Pengguna Android dinasihati menggunakan aplikasi perbankan yang asli dan sentiasa mengemaskini aplikasi keselamatan (Anti-virus) dan berwaspada pada pautan yang diterima.

**Kemaskini: Zeus juga tidak hanya menyerang pada sistem Android



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .