Pixlr - Penyuntingan Gambar Seumpama Instagram Untuk Desktop



Bagi yang tidak mengenal aplikasi Pixlr. Pixlr adalah salah satu aplikasi penyuntingan gambar popular untuk mudah alin Android dan iOS. Kini ia hadir untuk pengguna Windows dan Mac OS

Menggunakan Pixlr di desktop, pengguna boleh menambah pelbagai kesan penuras pada gambar mereka, disamping menjadikan sesuatu gambar lebih menarik dengan menambah kekaburan, membuatnya menjadi kolaj, dan sebagainya menggunakan perisian ini. Disamping itu, fungsi penyuntingan asas seperti mengecilkan gambar, membuang sebahagian gambar dan sebagainya turut disertakan pada Pixlr.

Jika anda tercari-cari sebuah perisian untuk menambah kesan seumpama Instagram dan sebagainya pada gambar rakaman anda, berkemungkinan Pixlr adalah yang salah satu yang boleh dicuba. Pixlr buat masa ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows dan Mac, selain turut hadir dalam versi Pro yang menyertakan beberapa perkara tambahan.

Muat-Turun Pixlr untuk Desktop




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .