Google Memperkenalkan Android 5.0 Lolipop


Google hari ini secara rasmi telah memperkenalkan Android 5.0 yang diberi nama Lolipop. Android Lolipop menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk dari segi antaramuka yang memfokuskan antaramuka selari pada pelbagai saiz peranti dan web. Android 5.0 Lolipop juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan lain, termasuk Battery Saving Mode untuk membolehkan masa penggunaan bateri dipanjangkan, sokongan guest mode, fungsi multi-akaun pengguna, paparan notifikasi pada lockscreen dan beberapa yang lain.



Android 5.0 Lolipop akan membawa antara muka baru iaitu "Material Design" dimana merupakan salah satu usaha untuk menyelarikan rekaan antaramuka pada pelbagai saiz peranti, dan juga untuk memberikan pengalaman pengguna yang selari pada aplikasi dan web.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .