Microsoft Umumkan Windows 10


Lewat malam semalam pihak microsoft bukan umumkan Windows 9, tapi Windows 10. Pihak Microsoft telah melangkaui Windows 9 dan terus pada Windows 10. Pembaharuan sistem operasi Windows 10 ini dimana menggabungkan 3 sistem operasi utama Microsoft iaitu Windows, Windows Phone dan Xbox.


Dengan menyatukan sistem asas yang ada, pembangun perisian akan lebih mudah mencipta aplikasi dan sesuai  untuk pelbagai peranti. Pengguna juga akan boleh bertukar peranti dengan lebih mudah tanpa perlu membeli aplikasi sama berulang kali. Sekaligus ia akan menyokong saiz skrin dari 4-inci sehinggalah 80-inci.






Bersama dengan Windows 10 disetarkan juga dengan Microsoft Office 16 (2016).

Windows 10 dijangka akan dilancarkan sekitar pertengahan 2015. Untuk pengguna yang ingin mencubanya, pihak Microsoft dijangka akan menawarkan versi Technical Preview untuk komputer riba dan desktop bermula esok.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .