Ubuntu 14.10 Utopic Unicorn Dilepaskan


Canonical secara rasmi telah pun memperkenalkan sistem operasi generasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.10 Utopic Unicorn. Melalui Ubuntu 14.10 membawakan pelbagai perubahan, termasuk kemaskini kepada kernel Linux 3.16. Untuk versi yang akan datang pula (2015) Ubuntu 15.04 akan diberi nama Vivid Vervet dijangkan akan diperkenalkan April kelak.



Linux 3.16
Ubuntu turut menambah baik sokongan untuk Power8 dan ARM64, sokongan grafik untuk NVIDIA dan juga AMD. Perkara ini dibawakan oleh kernel Linux 3.16, yang mana turut menyertakan penambah-baikkan penawaran untuk audio.

Ubuntu Developer Tools Centre
Ubuntu Developer Tools Centre pada Ubuntu 14.10 ini, membolehkan pembangunan di Ubuntu lebih mudah. Ia terutamanya memfokuskan kepada pembangunan Android, dimana para pembangun boleh memuat-turun toolkit untuk Android dengan pantas. Pihak Canonical mengatakan ia akan turut menyokong platform lain termasuk Go dan Dart tidak lama lagi.

Lain Lain Sokongan
Ubuntu 14.10, ia membawakan sokongan kepada aplikasi baru, disamping menambah sokongan untuk para pembangun, selain sekuriti yang lebih baik berbanding sistem lain.

Muat-Turun Ubuntu Linux 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .