Mozilla Lancarkan Firefox Developer Edition

Semperna ulang tahun ke 10 Firefox. Pihak Mozilla telah lancarkan edisi baru Firefox iaitu Firefox Developer Edition. Firefox Developer Edition ini sebuah pelayar web khusus untuk pembangun web dan aplikasi.

Dari segi antara muka Firefox Developer Edition ini agak berbeza dari Firefox umum dimana ia menggunakan warna gelap sebagai tema.


Pelayar web ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi khusus untuk para pembangun, untuk memudahkan mereka membangunkan web dengan mudah menggunakannya. Sokongan WebIDE untuk membolehkan pembangun membangunkan aplikasi web pada pelayar web, dan juga Valence yang memudahkan debugging (penjenamaan semula untuk Firefox Tools Adapter). Pembangun turut boleh melihat bagaimana sesuatu web akan kelihatan pada pelbagai saiz skrin dengan fungsi “Responsive Design View”, dan ia turut dilengkapi dengan fungsi lain seperti Web Audio Editor, Page Inspector, Network Monitor, Style Editor, dan juga Web Console.

Firefox Developer Edition ini sedia untuk dimuat turun untuk pengguna Windows, Linux dan Mac OS. Muat-Turun Firefox Developer Edition



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .