Upin & Ipin Dan Ultraman Ribut - Sinopsis



Les Copaque bakal menampilkan Ultraman dalam siri animasi Upin & Ipin Musim ke 8 iaitu Upin & Ipin Dan Ultraman Ribut. Sebanyak tiga episod akan menampilkan Ultraman Ribut iaitu pada tarikh 14, 15, dan 16 November ini di TV9 pada jam 5.30 petang.

Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus menganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .