Facebook Akan Hadir Dengan Sokongan Menjual Barangan


Facebook sering menguji pelbagai fungsi-fungsi baru pada laman sosial mereka. Kini ia dilihat pihak Facebook sedang menguji sokongan untuk menjual barangan di Facebook Groups untuk memudahkan para pengguna berjual-beli dengan rakan-rakan mereka.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Facebook tersebut, pada bahagian kemaskini status di Facebook Groups, mereka menambah sebuah ruangan baru dinamakan “Sell Something”. Menggunakannya, pengguna boleh menulis apa yang anda ingin jual, harga jualan, dan juga menambah gambar serta penerangan untuk produk tersebut.

Sebaik sahaja klik kongsi, perkongsian tersebut akan diperlihatkan kepada para pengguna tanpa sebarang penambahan atau ruangan transaksi daripada Facebook. Ia beroperasi lebih kurang seperti kemaskini status yang lain di laman sosial berkenaan.

Apa pun, ia masih pada peringkat ujian buat masa ini dan mungkin akan hadir tidak lama lagi.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .