Linux Fedora 21 Dilepaskan


Secara rasmi Linux Fedora 21 telahpun dilepaskan yang mana hadir dengan beberapa perisian baru dan menawarkan sistem yang lebih stabil berbanding sebelumnya.

Fedora 21 membawa pelbagai perisian dikemaskini dengna versi baru, dan Fedora turut membawakan beberapa penambah-baikkan pada Terminal seperti latar lutsinar, sokongan penggunaan tajuk pada setiap Terminal untuk membolehkan anda mengetahui penggunaan sesuatu Terminal, dan juga sokongan carian Terminal pada GNOME Desktop Overview.

Beberapa sokongan perkhidmatan web turut diintegrasikan melalui sokongan HTML5, selain pihak Fedora kini turut memudahkan lagi proses pemasangan Fedora 21 ini.

Untuk versi fedora 21 ini ditawarkan dalam tiga variasi berbeza, iaitu Cloud, Server dan juga Workstation. Bagi pengguna biasa, anda boleh mencuba versi Workstation, sementara sekiranya anda inginkan beberapa akses seperti OpenStack dan sebagainya boleh gunakan versi Cloud.

Muat-Turun Fedora 21




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .