Mozilla Firefox 34 Sedia Dimuat Turun

Mozilla hari ini secara rasmi melepaskan Firefox 34 yang membawa pelbagai pembaharuan. Firefox 34 menyertakan perubahan dan penambah-baikkan pada enjin carian termasuk kebolehan untuk pengguna menambah laman carian dengan mudah pada pelayar web, selain turut membawakan perubahan penggunaan enjin carian utama di beberapa buah negara. Seperti biasa, pengguna boleh mengubahnya tanpa sebarang masalah dengan mudah.

Firefox 34 juga membawa sokogan klien komunikasi masa-nyata dinamakan sebagai Firefox Hello. Menggunakannya, anda boleh membuat panggilan video kepada sebarang pengguna dengan pelayar web moden dengan mudah – dengan hanya berkongsi pautan sahaja.

Selain itu beberapa penambah-baikkan sekuriti pada pelayar firefox 34, disamping menyertakan WebIDE untuk para pembangun. Firefox 34 sedia dimuat turun untuk pengguna Windows, Mac OS, Linux dan Android.

 Muat-Turun Firefox 34





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .