Spesifikasi Lenovo Vibe X2 - Rekaan Kerangka Berlapis


Lenovo Vibe X2 merupakan salah satu telefon pintar yang telah mencuri perhatian ramaibaru baru ini. Lenovo Vibe X2 memfokuskan kepada rekaan kerangka mereka yang berlapis – hadir dengan tiga lapisan dengan warna berbeza yang unik. Terdapat beberapa mod khusus untuk rakaman gambar selfie.


Pengguna juga turut boleh memperluaskan dan menambah beberapa aksesori yang bakal ditawarkan oleh Lenovo untuk pengguna Vibe X2. Antaranya adalah sokongan bateri tambahan dinamakan Lenovo Vibe X2 Battery pada harga RM139 yang membawakan tambahan kapasiti bateri sebesar 2300mAH, dan Vibe X2 Speaker yang membawakan sokongan audio JBL pada harga RM299. Memandangkan ia dihubungkan sebagai kerangka tambahan pada peranti, maka ia tidak kelihatan agak janggal berbanding beberapa aksesori untuk telefon pintar yang lain.

  • Skrin 5 inci
  • CPU MediaTek lapan-teras 2.0GHz
  • 13 megapixel kamera belakang
  • 5 megapixel kemera hadapan
  • storan sebesar 32GB
  • Android 4.4 KitKat
  • Antaramuka Vibe
  • 4G LTE
  • Warna putih, emas, hitam dan merah
  • Harga RM1199





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .