Vivo X5 Max - Telefon Ternipis Dunia Setebal 4.75mm


Jika sebelum ini, telefon ternipis dunia adalah OPPO R5 dengan ketebalan 4.85mm. Kini tidak lagi. Terbaru dari Vivo mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo X5 Max dengan ketebalan kerangka hanya 3.98mm, dan ketebalan penuh peranti pada 4.75mm.


Vivo X5 Max membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p Super AMOLED, menggunakan CPU Snapdragon 615 1.7Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk kamera, ia menggunakan sensor 13-megapixel daripada Sony, dan pada bahagian hadapan ia menyertakan kamera 5-megapixel.


Menggunakan sistem operasi Funtouch OS 2.0 yang berasaskan kepada Android 4.4, dan turut dilengkapi dengan sokongan HiFi 2.0 untuk penawaran audio yang lebih baik.



1 comments:

  1. Harga dia brapa ? :) klu fon ternipis, konfem purse pun nnti akn nipis ^^"

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .