Asus Zenfone Generasi ke 2 Diperkenalkan


Asus secara rasminya memperkenalkan keluarga telefon pintar generasi baru dibawah keluarga Zenfone, iaitu Zenfone 2.

Asus Zenfone 2 mengekalkan rekaan ikonik Asus, dan dilengkapi dengan CPU terbaru daripada Intel, dan skrin bersaiz 5.5-inci. Peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi PixelMaster daripada Asus, dimana ia disertakan pada kamera hadapan 5-megapixel, dan juga kamera belakang 13-megapixel.


Asus turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan pengecasan pantas lebih kurang seperti pelbagai peranti flagship yang lain, dan turut menggunakan Android 5.0. Asus menyertakan antaramuka khusus mereka ZenUI, dimana versi baru hadir dengan beberapa perkara baru. Salah satu perkara yagn disertakan pada ZenUI kini adalah sokongan gesture, membolehkan anda dwi-tap pada butang tengah untuk menjadikan ia mesra digunakan sebelah tangan.

ZenUI baru ini juga lebih memberikan pilihan kepada pengguna, seperti membolehkan pengguna mengubah tema, ikon, gambar latar dan sebagainya. Dua mod tambahan turut disertakan, iaitu Kids Mode untuk digunakan oleh anak-anak atau adik anda, dan juga mod untuk perusahaan yang melindungi pelbagai data syarikat anda dan mengasingkannya daripada data peribadi.

Asus Zenfone 2 ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-duanya aktif, serta menyokong rangkaian 4G LTE.

Asus Zenfone 2 membawa beberapa pilihan variasi iaitu RAM 2 atau 4 GB dan memori dalaman 16, 32 dan 64GB. Harga diantara RM700.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .