eSport Malaysia (ESM) - Persatuan Sukan Elektronik Malaysia Dilancarkan



Secara rasmi Persatuan Sukan Elektronik Malaysia dilancarkan turut dikenali sebagai eSports Malaysia (ESM) telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Sukan Malaysia.

Ini sekaligus menyaksikan fokus yang lebih diberikan kepada sukan permainan elektronik di Malaysia disamping pada masa yang sama mempromosikannya dan membawanya ke tahap yang lebih serius di Malaysia.

Lima fokus utama ESport Malaysia ialah untuk menjaga kebajikan pemain, memantau dan menetapkan piawaian, mendidik mengenai sukan elektronik, mempromosikan pembangunan permainan, dan pada masa yang sama mendapatkan pengenalan dan pencapaian pada peringkat antarabangsa.

Sebagai permulaan satu liga khusus untuk pemain Malaysia bakal diadakan pada 1hb Mei ini. Buat masa ini masih tiada maklumat berkaitan liga ini.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .