Firefox 35 Dengan Kemaskini Sokongan Panggilan Video

Pihak Mozilla hari ini secara rasmi melepaskan Firefox 35 dengan membawa kemaskini sokongan panggilan video yang dikenali sebagai Firefox Hello dengan menggunakan teknologi WebRTC. Firefox 35 sedia untuk dimuat turun untuk pengguna Windows, Linux, Android dan Mac OS.

Melalui Firefox Hello pengguna boleh membuat panggilan video terus melalui pelayar web menggunakan sokongan WebRTC, dimana pengguna boleh menjana sebuah pautan khas pada pelayar web Firefox dan berkongsi ia dengan rakan di Chrome, Opera atau Firefox untuk berbual melalui video.


Selain itu, Firefox 35 untuk Android juga pihak Mozilla kini membuka Firefox Marketplace dalam bentuk beta, membolehkan para pengguna menerbitkan kandungan atau aplikasi, ataupun memuat-turunnya terus melalui Firefox Marketplace ini. Untuk mengaksesnya, pengguna boleh melakukan melalui menu Tools di Firefox.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .