Kodak Instamatic 5 - Peranti Pertama Daripada Kodak


Kodak merupakan jenapa popular dalam arena fotografi, dan tahun ini Kodak cuba untuk memasuki arena telefon pintar. Kodak telah memperkenalkan Telefon pintar pertama mereka yang berasaskan Android yang dikenali sebagai Instamatic 5.


Kodak Instamatic 5 ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi 720p, menggunakan cip pemprosesan MediaTek 1.7GHz lapan-teras, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 8GB dengan mikro-SD, selain bateri berkapasiti 2150mAh. Menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

Kodak Instamatic 5 ini dilihat menyertakan beberapa perubahan pada penggunaan Android, dan turut melengkapkan menu mereka dengan pilihan Print, Gallery dan Camera untuk memudahkan pengguna mengakses kamera dan menggunakan perkhidmatan Kodak.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .