Spesifikasi Xiaomi Mi Note


Secara rasmi pihak Xiaomi telah lancarkan telefon terbaik mereka hari ini iaitu Mi Note peranti berspesifkasi tinggi.


Xiaomi Mi Note hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci beresolusi HD penuh, dan dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi terkini termasuk pada bahagian CPU yang menggunakan cip Snapdragon 801 2.5Ghz, dan juga memori sebanyak 3GB RAM. Peranti ini membawakan ketebalan sekitar 6.955mm, serta dilengkapi dengan sokongan audio berkualiti tinggi Hi-Fi.

Pihak Xiaomi melengkapkan peranti ini dengan bateri berkapasiti 3000mAh yang turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas. Ruangan SIM pada peranti Xiaomi ini menyokong dwi-SIM, dimana pengguna boleh menggunakan satu kad SIM berasaskan mikro-SIM, dan satu lagi berasaskan nano-SIM. Kedua-dua SIM juga hadir dengan sokongan 4G LTE, dan juga dual-standby. Tiada sokongan kad mikro-SD yang disertakan pada peranti ini, yang mana mungkin membuatkan anda tidak boleh menyimpan fail media seperti video dan gambar dalam kuantiti yang tinggi.

Xiaomi menyertakan kamera belakang 13-megapixel daripada Sony dengan lensa f/2.0, serta dilengkapi dengan sokongan penstabilan imej optikal. Perkara ini membolehkan anda merakamkan gambar yang jelas walaupun ketika tangan anda bergegar. Melengkapkan kamera belakang juga adalah lampu dwi-LED daripada Philips yang mana menawarkan keupayaan pencahayaan yang lebih semulajadi berbanding kebiasaan.

Untuk kamera hadapan pula, pihak Xiaomi menggunakan kamera 4-megapixel dengan sokongan teknologi Ultrapixel yang membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih jelas dan baik berbanding penggunaan kamera biasa.

Bagi bahagian perisian, seperti kebanyakkan produk Xiaomi, telefon pintar Mi Note ini turut menggunakan sistem operasi MIUI (berasaskan Android), dimana ia menggunakan MIUI 6. Seperti semua sedia maklum, ia membawakan beberapa kemaskini, termasuk pembaharuan rekabentuk antaramuka berbanding MIUI 5, kebolehan memaparkan aplikasi dalam bentuk tetingkap pada bahagian multi-tasking, dan beberapa perkara baru yang lain.

Selain itu Mi Note Pro hadir dalam warna kerangka emas, dan menggunakan cip Snapdragon 810, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, serta skrin dengan resolusi 2K. 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .