Firefox 36 Dilepaskan Dengan Sokongan HTTP/2



Dengan pengumuman HTTP/2 beberapa hari lalu. kini Mozilla hadir dengan pelayar web yang pertama dengan sokongan HTTP/2. Secara rasmi pihak Mozilla melepaskan Firefox 36 versi stabil terbaru.

Firefox 36 membawa sokongan HTTP/2 membolehkan web yang lebih pantas, lebih berskala, dan lebih responsif. Baru-baru ini diterima pakai oleh Google, dan berharap HTTP / 2 akan menggantikan HTTP 1.1 protokol yang digunakan sejak 1999.

Melalui protokol HTTP/2 ini, ia membawakan pelayaran web yang lebih pantas dan responsif berbanding sedia ada. Tetapi, ia masih pada peringkat implementasi awal dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum digunakan secara meluas.

Selain itu, firefox 36 juga telah membetulkan beberapa pepijat. Firefox 36 sedia untuk dimuat turun untuk pengguna Android, Linux, Mac OS dan Windows.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .