Ransomware - Malware Meminta Wang Tebusan


Ransomware merupakan sejenis perisian internet (malware/virus) yang menjangkiti komputer dan menyekat akses ke dalam sistem sehingga sejumlah wang tebusan dibayar kepada penciptanya, bagi tujuan membukanya semula.

Malware/virus ini akan cuba memeras ugut wang daripada mangsa melalui satu menu pop timbul pada skrin komputer.

Menu ini menyatakan bahawa komputer mereka telah dikunci atau semua fail dalam komputer tersebut telah ditutup dengan kod tertentu dan kemudian, meminta pembayaran tebusan bagi memulihkan akses komputer.
Pencipta Ransomware ini meletakkan ketakutan dan kepanikan ke atas mangsa, menyebabkan mereka memetik pautan tersebut atau membayar tebusan dan ini menyebabkan mereka terkena virus tambahan yang lain.

Ransomware yang menyasarkan pengguna kediaman dan perniagaan boleh menyebabkan kehilangan sementara atau kekal, maklumat sensitif atau dokumen pemilikan, gangguan ke atas operasi perniagaan, kerugian kewangan yang ditanggung akibat pemulihan sistem dan fail, serta kemudaratan kepada reputasi sesebuah organisasi.

Jika komputer seseorang pengguna telah dijangkiti dan menerima mesej Ransomware, mereka dinasihatkan supaya tidak mengikuti arahan bayaran, sebaliknya, terus membuat laporan kepada pusat bantuan Cyber999.

Pembayaran wang tebusan tidak menjamin fail-fail yang dikunci dibebaskan. Ia hanya memberikan mereka yang berniat jahat ini, wang mangsa dan dalam sesetengah kes, maklumat perbankan. Sebagai tambahan, melepaskan kunci fail-fail tadi bukan bermakna pengguna sudah bebas dari jangkitan virus tadi.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .