Avira Memperkenalkan Android Optimizer



Avira jenama perisian Anti-Virus kini hadir dengan aplikasi Android Optimizer. Menggunakan Avira Android Optimizer ini, pengguna boleh membuang fail-fail yang tidak digunakan seperti cache, mengoptimasikan penggunaan memori, dan menguruskan aplikasi dengan mudah. Avira turut menyertakan butang pantas dinamakan sebagai One Tap Boost untuk membuat beberapa tugasan secara automatik dan mengoptimasikan dan mengosongkan storan peranti pengguna.

Secara kasar, jika anda menggunakan peranti seperti Xiaomi, Huawei, Honor, ZTE, malah Samsung Galaxy S6, mungkin aplikasi ini tidak berguna kepada anda memandangkan fungsi seumpamanya hadir terbina. Bagi anda yang menggunakan peranti lain, dan ingin mencuba aplikasi yang mengoptimasikan memori dan penggunaan ruangan storan, mungkin anda boleh mencuba Android Optimizer daripada Avira ini. 




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .