Facebook Memperkenalkan Fungsi "On This Day"


Baru ini Facebook teleh mula membuat ujian untuk aplikasi Facebook Phone untuk panggilan suara. Kini pihak Facebook sedia untuk memperkenalkan fungsi baru iaitu Facebook On This Day.

Melalui On This Day, Facebook akan menyediakan sebuah halaman khusus yang hanya boleh diakses oleh kita, dan pengguna lain tidak boleh melihat apa yang kita lihat.

Melalui halaman berkenaan, anda boleh melihat pelbagai kemaskini status, gambar, kemaskini daripada rakan-rakan yang mana anda di tag, serta beberapa perkara berkaitan – yang berlaku pada tahun-tahun lepas pada tarikh yang sama.

Pengguna juga turut boleh membuat pilihan untuk menyunting atau memadam sesuatu perkongsian tersebut jika ia dianggap tidak relevan atau sebagainya.
Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada web dan aplikasi mudah-alih Facebook dalam masa beberapa minggu lagi.



1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .