Facebook Messenger Membawa Fungsi Baru

Sejak akhir ini Facebook mula mempekenalkan pelbagai benda baru antaranya Facebook On This Day dan Facebook Phone.


Kini Facebook mempekenalkan kemaskini terbaru Facebook Messenger membawa 2 fungsi baru. Pertama dikenali sebagai Massenger at F8 dimana fungsi ini membolehkan pembangun mengintegrasikan perkhidmatan dan aplikasi mereka ke Messenger, Facebook juga turut memudahkan pengguna menemui  dan memasang (install) sesuatu aplikasi.


Fungsi kedua, Business on Messenger iaitu untuk peniagaan. Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada penggunaan aplikasi Messenger untuk tujuan perniagaan, sekaligus memudahkan para perniagaan berkomunikasi dengan pelanggan mereka dengan lebih mudah. Melalui fungsi ini, pemilik perniagaan boleh menawarkan pilihan untuk pelanggan berkomunikasi menggunakan Messenger termasuk untuk menerima invois, pengesahan tempahan, mengetahui status semasa tempahan, mahupun berkomunikasi dengan pemilik perniagaan terus melalui aplikasi Facebook Messenger.

Facebook Messenger dengan fungsi baru ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .