Facebook Phone - Aplikasi Panggilan Suara


Facebook telah pun menawarkan pelbagai aplikasi memfokuskan beberapa fungsi khusus seperti Messenger, Groups, dan sebagainya, selain turut menawarkan Facebook Home yang berbentuk sebuah launcher khusus untuk pengguna Android. Kini, Facebook juga didapati sedang menguji sebuah aplikasi baru berbentuk dialer yang dinamakan sebagai Phone.


Beberapa pengguna dilihat telah mula dipaparkan dengan iklan untuknya, tetapi apabila klik padanya, ia tidak memaparkan sebarang perkara buat masa ini.

Melalui penerangan iklan yang ditunjukkan oleh Facebook, aplikasi ini dilihat akan berfungsi sebagai sebuah dialer, dan turut membolehkan pengguna menghalang nombor panggilan yang tidak dikehendaki mereka menggunakannya.

Ia tidak lagi diketahui sama ada aplikasi ini turut akan berhubung ke Facebook Messenger bagi sokongan panggilan ataupun sebaliknya.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .