Instagram Memperkenalkan Layout



Instagram memperkenalkan aplikasi Layout dalam memudahkan membuat gambar kolaj. Menggunakan Layout ini, ia memudahkan pengguna mengabungkan sejumlah gambar menjadi satu dan berkongsi gambar hasil akhir tersebut melalui Instagram.


Melalui Layout, pengguna boleh memilih beberapa pilihan rekaan yang disediakan, dan seterusnya memilih gambar untuk disusun melaluinya.

Seperti semua sedia maklum, beberapa pembangun lain ada menawarkan aplikasi seumpamanya, tetapi memandangkan Layout hadir daripada pihak Instagram sendiri, ia berkemungkinan menjadi salah satu aplikasi popular tidak lama lagi.

Buat masa ini Layout hanya ditawarkan untuk peranti iOS, dan versi Android dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .