Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge



Secara rasmi Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge telahpun dilancarkan. Kedua-dua peranti mempunyai skrin 5.1″ SAMOLED dengan resolusi QHD (577 PPI). Ia diperkasakan CPU Exynos lapan teras (2.1 GHz + 1.5 GHz), RAM 3 GB dan muatan dalaman 32, 64 serta 128 Gigabyte. Tiada sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD. Sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka TouchWiz yang dikemaskini digunakan.


Panel belakang yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 4 dan tidak mempunyai panel belakang yang boleh dibuka dan bateri tidak boleh ditanggalkan. S6 kini mampu dicas secara tanpa wayar dan menyokong beberapa pengecas tanpa wayar yang sudahpun berada di pasaran. Pihak Samsung sendiri mempunyai sistem pengecasan tanpa wayar mereka sendiri berbentuk seperti piring.

Dari segi kemampuan optik S6 dan S6 Edge menggunakan kamera utama sebesar 16 Megapixel. Kamera hadapan pula ialah sebesar 5 Megapixel dengan lensa sudut lebar. Kedua-dua kamera mempunyai lensa F 1.9 untuk mengambil gambar yang baik di dalam keadaan gelap. Kamera utama juga kini boleh melakukan focus tracking bagi memastikan objek yang diambil akan sentiasa terfokus dengan betul.

Kedua-dua peranti turut mempunyai sokongan pengecasan pantas. Menurut Samsung peranti boleh dicas sehingga penuh dalam masa 80 minit.




Perbezaan di antara S6 dan S6 Edge ialah, S6 Edge mempunyai skrin yang melengkung pada kedua-dua sisi. Bateri S6 Edge juga sedikit lebih besar iaitu 2600 mAh berbanding 2550 mAh pada S6. Skrin sisi pada kedua-dua belah peranti membolehkan S6 Edge digunakan dengan mudah walaupun anda seorang kidal. 

Terdapat empat pilihan warna untuk S6 iaitu hitam, putih, emas dan biru topaz. Untuk S6 Edge pula ialah hitam, putih, emas dan hijau zamrud.

Untuk pasaran Malaysia dijangka akan mula dujual bermula April hadapan. Harga masih belum diketahui.

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .