Tebus Ganjaran Dengan WeChat WeReward


Untuk pengguna WeChat, jangan lepaskan peluang untuk mengumpual mata ganjaran untuk menebus baucer yang menarik. WeChat teleh mempekenal WeRewars untuk pengguna tempatan.

Kempen WeReward ini hanya disediakan untuk tempoh sebulan sahaja, iaitu sehingga 25 April kelak, dan pengguna boleh mengubah mata ganjaran terkumpul kepada baucar dan barangan daripada Huawei, Chatime, GrabTaxi, MCash, dan juga Zalora.

Untuk mendapatkan mata ganjaran, ia adalah amat mudah. Pengguna WeChat hanya perlu menggunakan aplikasi berkenaan dalam membuat panggilan suara atau video selama 60 saat, dan mereka akan menerima mata ganjaran sebanyak 3 mata setiap hari. Antara perkara yang boleh ditebus melalui WeRewards ini adalah termasuk baucar RM30 untuk pembelian di VMall, diskaun sehingga RM10 untuk GrabTaxi, baucar RM50 di Zalora dan beberapa mata ganjaran yang lain.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .