Telefon pintar Gionee Akan Memasuki Malaysia


Gionee merupakan salah satu pengeluar telefon pintar dari China, dan mereka telah hadir dengan sejumlah peranti bersaiz nipis sebelum ini. Paling terkini, yang dilancarkan oleh Gionee adalah Elife S7, membawakan ketebalan hanya 5.5-mm, dan merupakan telefon pintar dwi-SIM paling nipis di dunia buat masa ini.


Gionee sebelum ini telah memulakan operasi pada tahun 2002, dan mereka menyasarkan untuk memperluaskan penawaran peranti mereka pada tahun ini. Gionee Elife S7 akan dijual di pasaran Eropah terlebih dahulu, selain turut dijual di China dan India dalam masa terdekat.

Jualan ke pelbagai negara lain dijangka akan dilakukan secara berperingkat pada tahun ini. Selain daripada Malaysia, negara jiran kita, Indonesia turut dijangka akan menerimanya.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .