Telegram Hadir Dengan Sokongan Mentions Dan Hashtag


Telegram merupakan persaing terdekat Whatsapp dimana ia diberikan secara percuma sepenuhnya. Selain itu Telegram juga merupakan salah satu aplikasi permesejan yang sering menambah pelbagai fungsi-fungsi menarik pada perkhidmatan mereka.

Terbaru, kali ini pehak Telegram telah pun menawarkan kemaskini kepada aplikasi mereka, menambah sokongan untuk “Mentions” dan juga “Hashtag”. Ini memudahkan untuk membalas secara tepat ketika berbuat di dalam kumpulan.


Disamping itu, fungsi “Reply” turut ditambah pada permesejan berkumpulan. Melaluinya, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan memilih untuk “Reply”. Mesej anda akan dibalas dan ditambah dengan “quote” mesej asal – sekaligus memudahkan lagi seseorang untuk merujuk kepada perbualan asal.

Akhir sekali, satu lagi fungsi baru yang ditambah adalah “Hashtag”. Menggunakannya, pengguna boleh menambah hashtag dengan awalan # pada sesuatu mesej, dan tap padanya untuk merujuk semula pelbagai mesej yang menggunakan hashtag tersebut dalam perbualan anda.

Bagi menggunakan fungsi baru ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi anda, dan mula menggunakannya dalam perbualan harian anda.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .