Xiaomi YiCamera Diperkenalkan



Secara rasmi Xiaomi hari ini telah memperkenalkan Yi Camera. Xiaomi YiCamera merupakan sebuah kamera aksi hanya bersaiz kotak mancis seberat 72gram.

Kamera aksi ini hadir dengan lensa rakaman luas, meliputi 155-darjah untuk memudahkan anda merakamkan gambar panorama. Xiaomi YiCamera ini menggunakan sensor daripada Sony, membolehkan ia merakamkan video 1080p pada kadar 60fps, selain gambar pada kadar 7 rakaman sesaat. YiCamera juga turut dilengkapi dengan sokongan kalis air (melalui penggunaan aksesori khusus) yang membolehkan ia digunakan pada kedalaman sehingga 40 meter. Untuk rakaman, ia menggunakan sensor 16-megapixel Sony Exmor R BSI CMOS.


Sokongan WiFi dan Bluetooth untuk memudahkan pemindahan gambar dan penyuntingan. Sejumlah aksesori dilihat akan ditawarkan, termasuk kayu monopod untuk memudahkan rakaman gambar.

Harga jualan dijangka sekitar kurang RM300.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .