Facebook Lancarkan Messenger.com


Pihak Facebook secara rasmi telah melancarkan Messenger.com beberapa hari lalu. Messenger.com ini merupakan aplikasi chat web sepenuhnya.


Menggunakan Messenger.com, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan permesejan daripada Facebook berkenaan tanpa sebarang gangguan Facebook yang lain dan memfokuskan sepenuhnya kepada berkomunikasi. Seperti semua sedia maklum, Facebook Messenger menawarkan sokongan panggilan video, selain turut hadir dengan kebolehan menghantar dokumen dan sebagainya.

Pengenalan versi web khusus ini juga hadir lanjutan daripada pengenalan Messenger sebagai platform khusus yang menawarkan pembangun lain membangunkan aplikasi untuknya.

Jadi, jika anda ingin hanya menggunakan Facebook untuk sokongan permesejan sahaja selepas ini, maka mungkin berbanding dengan membuka laman Facebook.com, anda boleh ke laman Messenger.com.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .