Facebook Messenger Hadir Dengan Sokongan Panggilan Video



Facebook sebelum ini telah menawarkan sokongan membuat panggilan video pada perkhidmatan web mereka dan memerlukan pemalam khusus dipasang. Kini, dengan fokus pihak Facebook terhadap platform Messenger, mereka kini turut mengumumkan sokongan panggilan video melalui aplikasi Messenger di Android dan iOS.


Melalui kemaskini aplikasi Facebook Messenger untuk Android dan iOS, pihak Facebook menambah sebuah ikon panggilan video pada bahagian atas aplikasi, membolehkan pengguna memulakan panggilan video dengan hanya satu tap sahaja.

Facebook Messenger dengan sokongan suara ini dijangka akan hadir beberapa bulan lagi dan diperkenalkan secara berperingkat.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .