Facebook Riff - Aplikasi Menghasilkan Video


Facebok baru baru ini sedia hadir dengan Massenger baru, On This Day dan Facebook Phone. Kali ini pihak Facebook telah memperkenalkan lagi satu aplikasi baru mereka dikenali sebagai Facebook Riff.

Facebook Riff merupakan aplikasi khusus yang memfokuskan kepada kolaborasi bersama-sama rakan dalam menghasilkan sesuatu video.


Menggunakan aplikasi ini yang ditawarkan pada Android dan iPhone, sesiapa sahaja boleh mula membuat video dan berkongsi topik dengan rakan lain. Mereka kemudian boleh memilih sama ada ingin menontonnya sahaja ataupun turut menambah klip video mereka pada video anda. Seperti biasa, selepas ia melalui rakan-rakan anda, ia boleh diterbitkan di Internet atau pada sebarang laman lain di internet.

Aplikasi ini boleh dikatakan mempunyai potensi yang menarik, dimana sejumlah rakan boleh bekerjasama dalam merakamkan sesuatu video – sebagai contoh ucapan tahniah atau ucapan hari jadi, dan mengabungkannya sebagai satu serta berkongsi kepada penerima. Idea kreatif lain juga turut boleh dihasilkan, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa hasil menarik tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini untuk Android dan iPhone hari ini.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .