Google Malaysia Digodam TIGER-M@TE


Sekitar pagi hingga tenggah hari tadi Google Malaysia (google.com.my) telah digodam oleh kumpulan hacker dari Bangladesh yang dikenali sebagai TIGER-M@TE.

Menurut laporan beberapa pengguna menghadapi masalah melayari google.com.my, atau telah diarahkan ke laman web yang berbeza dengan berhadapan masalah dengan DNS. Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas.

TIGER-M@TE telah mengalih sambungan DNS Google Malaysia dengan membawa laman yang berbeza dengan antara muka serba hitam. Kumpulan hacker TIGER-M@Te pernah mengganggu beberapa laman sesawang sebelum ini sejak tahun 2007 dan kegiatan mereka paling aktif direkod pada tahun 2012. Menurut ketua kumpulan penggodam tersebut dalam laman Facebook rasmi mereka, teknik penggodaman dianggap sebagai suatu seni.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .