Microsoft Egde Ganti Internet Explorer - Windows 10


Windows 10 dijangkan akan diumumkan hujung bulan Julai ini. Seperti yang diperkatakan pihak Microsoft, Windows 10 akan hadir dengan pelayar web baru untuk menggantikan Internet Explorer. Ini disebabkan penggunaan Internet Explorer yang sangat sedikit dan tidak popular dengan hadirnya pelayar web yang lebih morden dan maju seperti Firefox dan Chrome yang sentiasa dikemaskini.


Icon Microsoft Egde juga seakan sama seperti Internet Explorer. Microsoft Egde ini hadir sebagai pelayar web universal iaitu hadir untuk PC Desktop, Tablet dan telefon pintar pelbagai saiz. Selain itu juga ia hadir dengan pelbagai sokongan baru seperti cortana, OneNote dan web Note.



Microsoft juga memperkenalkan enjin pelayar web baru dikenali sebagai EdgeHTML yang digunakan pada Microsoft Egde.

Adakah Microsoft Edge ini mampu menawan hati pengguna kelak dan bersaing dengan pelayar web lain yang mempunyai kehebatan tersendiri ? Sama sama kita nantikan Microsoft Windows 10.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .