Taman Tema Animasi Bakal Dibuka Tahun Hadapan



Taman Tema Animasi atau dikenali sebagai 'Movie Animation Park Studios' (MAPS) akan bakal dibuka di Ipoh, Perak awal tahun 2016.

Taman tema berkonsepkan animasi ini terletak berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan. Lokasi taman tema ini adalah strategik kerana sangat berhampiran dengan plaza tol Jelapang, hanya tiga minit dari terminal Ipoh Sentral serta 20 minit dari lapangan terbang serta stesen keretapi.

Taman Tema Animasi ini akan mempunyai pelbagai konsep zon animasi merangkumi dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta yang menghasilkan Boboiboy, Nizam Razak berkata, Boboiboy bakal mempunyai tiga tarikan utama seperti Boboiboy 4D Ride serta satu kafe yang dinamakan Tok Aba Kokotiam.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .