Ubuntu 15.04 Vivid Vervet Dilancarkan - Desktop dan Telefon


Secara rasmi hari ini pihak Canonical telah umumkan sistem operasi Linux meraka iaitu Ubuntu 15.04 dengan nama Vivid Vervet sedia untuk dimuat turun bermula esok 23hb April.

Ubuntu 15.04 Vivid Verve ini memfokuskan kepada penyatuan untuk penggunaan pelbagai jenis peranti dan saiz seperti Desktop, tablet dan telefon pintar (Ubuntu Phone).

Perubahan besar Ubuntu 15.04 Vivid Verve ialah perubahan pengurus init daripada upstart kepada systemd menjadikan ia lebih pantas dari kebiasaan. Selain itu juga kemaskini Unity 7.3 yang membawakan penambah-baikkan kepada antaramuka desktop Ubuntu.Ubuntu 15.04 menggunakan kernel Linux 3.19.3 dan mungkin kita akan melihat penggunaan kernel Linux 4.0 pada versi akan datang.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .