UC Browser Hadir Untuk Desktop (Windows)


UC Browser merupakan pelayar web yang agak popular untuk peranti mudah alih sama ada untuk Android mahupun lain lain sistem operasi. Menjadikan UC Browser ini popular ialah dengan fungsi sokongan memudahkan muat - turun media.


UC Browser kini hadir untuk pengguna desktop Windows (PC). Pelayar web ini dibangunkan dengan kod sumber Chromium, maka ia membawakan prestasi pelayaran web dan fungsi lebih kurang sama seperti Google Chrome. Pengguna juga turut boleh sync akan penggunaan mereka antara peranti mudah-alih terus ke versi desktop menggunakan pelayar web ini.

Dari segi fungsi, pihak UC Browser turut melengkapkan pelayar web ini dengan sokongan pengurus muat-turun yang membolehkan anda menguruskan muat-turun dan menjadikan muat-turun lebih pantas. Selain daripada itu, pengguna turut boleh mengubah bentuk paparan pelayar web anda dengan mengubah tema, atau menambah pemalam tambahan pada UC Browser. Untuk sokongan pemalam, pihak UC Browser mengintegrasikan ia dengan Chrome WebStore, membolehkan anda menggunakan pemalam sedia ada yang terdapat pada Chrome Web Store.

Muat-Turun UC Browser untuk Windows



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .