Xiaomi Mi4i Diperkenalkan


Secara rasmi pihak Xiaomi sudah memperkenalkan telefon pintar professional spesifikasi pertengahan iaitu Mi4i.

Mi4i hadir dengam rekaan berasaskan polikarbonat dengan sokongan anti kotor yang mudah dibersihkan, dan membawakan binaan berasaskan unibody.


Xiaomi Mi4i hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dan Xiaomi mengatakan ia membawakan rekaan yang kompak dan paparan yang lebih luas berbanding peranti lain. Peranti ini juga lebih nipis daripada Mi4 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.

Xiaomi Mi4i menawarakn bateri berkapasiti 3120mAh padanya, paling bersaiz besar berbanding peranti 5-inci yang lain. Untuk teknologi bateri ini, pihak Xiaomi mengatakan mereka bekerjasama dengan pihak Sony dan juga Samsung yang sedia melabur wang yang tinggi dalam teknologi berkenaan. Pengguna boleh menggunakan peranti Mi4i ini selama 1.5 hari untuk penggunaan biasa, selain boleh mengecas sehingga 40% dalam masa sejam.

Xiaomi Mi4i membawakan paparan 1080p, dan membawakan PPI pada kadar 441, sekaligus menjadikan teks dan paparan padanya lebih jelas. Untuk paparan pula, Xiaomi menggunakan panel daripada pihak Sharp. Selain itu Xiaomi memperkenalkan paparan SunLight Display menjadikan paparan lebih jelas dan warna yang sempurna walaupun dibawah cahaya matahari.

Xiaomi Mi4i membawakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Seperti biasa pelbagai ciri-ciri khusus disertakan, termasuk rakaman HDR dan juga kebolehan mencantikkan wajah ketika rakaman selfie.

Xiaomi Mi4i menggunakan CPU Snapdragon 615 generasi kedua, memori dalaman 16GB dan juga 2GB RAM. Mi4i menggunakan MIUI 6 berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop. Xiaomi Mi4i turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dimana kedua-dua slot menyokong rangkaian 4G LTE.

Xiaomi Mi4i ini akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mei hadapan dengan harga jangkaan sekitar RM750.







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .