Xiaomi Monopod Hadir Dengan Sokongan Bluetooth


Semperna Ulang tahun ke 5 Xiaomi 8hb April. Pihak Xiaomi memperkenalkan satu lagi produk baru mereka iaitu Xiaomi Monopod (kayu selfie).

Monopod atau Selfies Stick daripada Xiaomi ini sepanjang 85 cm untuk tujuan rakaman gambar dan boleh dilaraskan 180 darjah. Untuk tujuan menghubungkan peranti ke monopod berkenaan, Xiaomi menyertakan sokongan Bluetooth, sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar dengan tekan butang pada monopod berkenaan dan tidak lagi perlu membuat tetapan masa pada telefon seperti kebanyakkan monopod lain.


Monopod ini menyokong peranti Android dan juga iPhone, selain turut dioptimasikan untuk pelbagai aplikasi kamera termasuk Camera360.

Buat masa ini masih belum hadir untuk pasaran Malasia dan harga Xiaomi Monopod ini dijangka sekitar RM30.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .