Facebook Messenger Akan Hadir Dengan Sokongan Permainan


Kini, mengikut laporan terbaru, Facebook dikatakan turut merancang menambah sokongan permainan pada perkhidmatan Messenger.

Facebook dilaporkan telah mula berbincang dengan beberapa pembangun permainan untuk membangunkan aplikasi yang mesra untuk dimainkan didalam aplikasi Facebook Messenger.

Buat masa ini, Facebook masih lagi pada peringkat awal, dan tidak diketahui bilakah sokongan permainan ini akan diimplementasikan sepenuhnya.

Idea permainan pada aplikasi permesejan bukan sesuatu yang baru. Sejumlah aplikasi lain, seperti LINE, WeChat dan Viber telah pun menyertakan sokongan tersebut, membolehkan bukan sahaja bermain dalam aplikasi, tetapi pada masa yang sama menjadikannya lebih sosial lagi.

Memandangkan Facebook kini merupakan perkhidmatan sosial paling besar didunia, jika Facebook turut menyertai arena sama, ia dijangka akan memberikan impak yang besar, sekaligus mengalakkan lebih ramai membangunkan permainan ringkas untuk dimainkan dalam perkhidmatan permesejan.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .