Instagram Memperkenalkan Layout Untuk Android


Beberapa bulan lalu pihak Instagram telah memperkenalkan Layout untuk iOS. Kali ini Layout sedia untuk dimuat turun untuk pengguna Android.

Bagi yang tidak menyenali aplikasi Layout, ia adalah aplikasi untuk memudahkan membuat gambar kolaj. Menggunakan Layout ini, ia memudahkan pengguna mengabungkan sejumlah gambar menjadi satu dan berkongsi gambar hasil akhir tersebut melalui Instagram. Melalui Layout, pengguna boleh memilih beberapa pilihan rekaan yang disediakan, dan seterusnya memilih gambar untuk disusun melaluinya.

Pengguna turut boleh membuat beberapa perubahan seperti menjadikan gambar terbalik, atau terpantul, supaya menjadikan imej akhir lebih menarik lagi sebelum ia dikongsikan ke perkhidmatan sosial.

Muat Turun Layout untuk Android




1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .