Linux Fedora 22 Dilepaskan


Linux fedora telahpun diperkenalkan secara rasmi dan sedia dimuat turun. Linux Fedora merupakan antara Linux yang popular dan mempunyai pengguna yang tersendiri.

Fedora 22 ini merupakan kemaskini kepada sistem operasi Fedora sebelum ini, dimana ia dilengkapi dengan pelbagai kemaskini perisian terbaru, termasuk penggunaan kernel Linux terkini.

Fedora 22 turut menyertakan sejumlah sokongan baru untuk pentadbir pelayan, selain turut menyertakan sokongan tema dan notifikasi yang lebih baik. Beberapa perisian turut direkabentuk kembali dan diberikan nafas baru – dimana antaranya adalah rekaan Files, perisian paparan imej, serta paparan lebih banyak data melalui aplikasi Software.

Bagi pengguna Fedora, anda boleh naik-taraf pemasangan sedia anda, atau anda juga turut boleh memilih untuk memuat-turun versi penuhnya secara percuma hari ini.

Muat-Turun Fedora 22



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .