OpenRA - Red Alert Sumber Terbuka



Permainan video Red Alert dari Command & Conque merupakan permainan strategi yang sangat popular dan digemari ramai. Apa yang admin ketahui pihak Command & Conque kini mengalami masalah kewangan dan Red Alert 3 yang dibawa mereka beberapa tahun dahulu gagal untuk memenuhi cita-rasa pengguna.

Bagi perminat Red Alert, Projek OpenRA merupakan projek sumber terbuka (open source) yang membawa kembali Red Alert. OpenRA juga tersedia untuk Windows, Mac OS dan juga Linux.

Dari rekaan grafik ia seperti Red Alert versi pertama dan membawakan saiz pemasangan sekitar 9MB sahaja, dan ketika memulakannya pada pertama kali, pengguna akan diberikan pilihan untuk memilih Red Alert, Tiberian Dawn dan juga Dune 2000. Sebaik sahaja membuat pilihan, pengguna akan diminta untuk memuat-turun fail pemasangan asal untuk permainan berkenaan. Daripada percubaan kami, kami memilih Red Alert, dan ia memuat-turun fail sekitar 10MB secara percuma.

Selepas selesai muat-turun dan memasangnya, pemain kemudian boleh memainkan permainan strategi berkenaan pada komputer – sama ada dalam pilihan multiplayer bersama-sama pelbagai pemain lain di seluruh dunia, memainkan misi single-player, ataupun turut memilih memainkan multiplayer bersama-sama bot.

Muat-Turun OpenRA




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .