Windows 10 Versi Terakhir Windows ?



Pihak Microsoft dijangkan akan mempekenalkan Windows 10 sekitar bulan Julai 2015. Windows 10 juga akan hadir dengan beberapa edisi.

Windows 10 Home – Edisi memfokuskan kepada para pengguna desktop, dimana ia hadir dengan pelbagai fungsi yang dinantikan ramai, termasuk sokongan Cortana, pelayar web Microsoft Edge, fungsi Windows Hello, sokongan aplikasi universal dan pelbagai perkara lain yang telah diumumkan oleh Microsoft sebelum ini.

Windows 10 Mobile – Edisi memfokuskan kepada peranti mudah-alih, terutamanya telefon pintar dan juga tablet bersaiz kecil. Ia menyertakan sokongan aplikasi universal dan pelbagai sokongan lain, termasuk sokongan Continuum yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar sebagai PC apabila dihubungkan ke skrin besar.

Windows 10 Pro – Edisi Windows untuk desktop dengan beberapa fungsi tambahan yang lebih ditujukan kepada perusahaan dan perniagaan. Hadir dengan sokongan remote desktop dan beberapa ciri-ciri sekuriti khusus.

Windows 10 Enterprise – Edisi Windows untuk perusahaan yang lebih ditujukan kepada perusahaan sederhana dan besar. Menyertakan beberapa ciri-ciri khusus untuk pengurusan peranti dan aplikasi dan ditujukan kepada pembeli dengan lesen secara banyak.

Windows 10 Education – Edisi Windows 10 untuk sekolah dan membawakan sokongan seumpama Windows 10 Enterprise. Microsoft mengatakan pelajar yang menggunakan Windows 10 Home dan Windows 10 Pro boleh menaik-taraf kepada versi ini.

Windows 10 Mobile Enterprise – Ditujukan kepada penggunaan telefon pintar dan juga tablet bersaiz kecil, tetapi bagi pelanggan perusahaan yang ingin membeli lesen secara pukal.

Windows 10 IoT Core – Edisi Windows 10 yang ditujukan kepada peranti berhubung, seperti Raspberry Pi dan sebagainya.


Yang menjadi tanda tanya. Benarkah Windows 10 versi terakhir bagi Windows dan jika benar kenapa? Menurut pihak Microsoft Windows 10 adalah Windows versi terakhir keluaran mereka. Selepas ini, Windows akan bergerak sebagai sebuah perkhidmatan dan memperolehi kemaskini di bawah satu jenama sahaja.

Walaupun Windows 10 adalah versi terakhir Windows, kemaskini tetap diberikan secara terus dalam menampilkan fungsi terkini dan perubahan antaramuka, menjadikan sistem operasi tersebut sentiasa baru pada setiap masa. Windows 10 akan terus dikenali sebagai Windows 10, dan mungkin akan datang akan dikenali sebagai Windows sahaja. Tiada lagi Windows 11 dan seterusnya selepas ini.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .