Xiaomi Mi 4i Dlancarkan Di Malaysia RM749


Xiaomi Mi 4i merupakan telefon pintar terbaru dari Xiaomi dan kini telahpun dirasmi kan di Malaysia dengan harga RM749 dan mula dijual pada 28hb Mei ini.

Xiaomi Mi4i membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman luas, selain bateri berkapasiti 3120mAh. Xiaomi mengatakan ia antara peranti yang menyertakan bateri berkapasiti sebesar itu pada peranti bersaiz 5-inci.

Xiaomi juga turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan dwi-SIM, dimana kedua-dua SIM boleh menggunakan rangkaian 4G. Xiaomi tidak menyertakan sokongan kad-SD, membuatkan pengguna terikat dengan storan sebesar 16GB sahaja.

MIUI 6 yang berasaskan Android 5.0 Lolipop dan menyertakan pelbagai fungsi menarik, termasuk sokongan tema, dan beberapa penambah-baikkan pada kamera.


Selain itu, sempena ulang tahun pertama Xiaomi Malaysia, pada 28hb nanti juga pihak Xiaomi Malaysia akan turut mengadakan pelbagai tawaran menarik seperti potongan harga, kupon dan sebagainya.

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .