Xiaomi PowerBank 10000 mAh Baru Lebih Kecil Lebih Ringan


Model Powerbank Xiaomi 10,400 mAh kini telah menjalani proses pengecilan dan kini lebih kecil dan ringan tetapi mempunyai kapasiti yang lebih kecil sedikit pada 10,000mAh. Ia mempunyai berat 207 gram iaitu 443 gram lebih ringan dari model sebelumnya. Lebarnya juga telah dikurangkan sebanyak 20% kepada 60.4mm.

Dari segi binaan, ia mengekalkan binaan logam dan menggunakan cip pengecasan yang sama dari Texas Instruments dan US Power Systems. Ia juga mengekalkan output 2.1Amp dari satu port USBnya. Butang memeriksa cas juga dikekalkan dengan 4 biji LED untuk melihat jumah tenaga yang tinggal.

Harga jangkaan sekitar RM40 di Malaysia dan masih belum diketahui bilakan model baru ini akan memasuki Malaysia. 




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .