Cara Menggunakan Maybank e-Duit Raya


Maybank e-Duit Raya adalah fungsi menghantar duit raya secara elektronik kepada orang yang kita nak beri duit raya. Biasanya mereka yang merantau bolehlah menghantar duit raya kepada ibu bapa yang jauh di kampung. Penerima pula boleh keluarkan duit raya di mesin ATM tanpa menggunakan kad ATM. Jadi servis ini sangat sesuai bagi mereka yang tidak ada akaun bank Maybank.

Bagaimana cara menggunakan khidmat e-Duit Raya Maybank2u.
  • Masukkan nama dan nombor telefon penerima
  • Masukkan amaun duit raya
  • Boleh tulis mesej ucapan kad raya dan alamat email penerima
  • Anda akan dapat satu kod rahsia. Penerima akan dapat ID transaksi melalui sms. Penerima perlu keluarkan duit di ATM dengan segera (sah 48 jam sahaja)
  • Penerima boleh ambil duit raya di mana-mana mesin ATM Maybank menggunakan kod rahsia dan ID
Adalah amat penting kepada pengguna servis ini memberitahu penerima bahawa e-Duit raya bukan masuk dalam akaun penerima. Jadi adalah amat mustahak untuk mereka pergi ambil duit di mesin ATM dalam masa 2 hari. Bukan mana-mana mesin ATM tetapi mesin ATM Maybank sahaja. Mesin ATM MEPS pun tidak boleh.

Jangan lupa sms penerima nombor kod rahsia mengeluarkan duit. Jumlah maksimum e-Duit raya adalah RM300 sehari. Anda juga hanya dibenarkan menghantar 2 kali ke nombor telefon yang sama dalam masa sehari. Semua had pengunaan ini adalah untuk mengelakkan dari berlakunya aktiviti penipuan yang merugikan pelanggan. Caj servis adalah RM1 dan GST 6 sen.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .