Facebook Messenger Hadir Dengan Sokongan Permainan


Sokongan permainan pada aplikasi permesejan bukan sesuatu yang baru. Aplikasi seperti LINE, WeChat dan sebagainya telah pun sedia menyokong permainan pada platform permesejan mereka, dan kini Facebook Messenger yang digunakan sejumlah besar pengguna turut menyokongnya.

Buat masa ini, permainan pada Facebook Messenger masih tidak memberikan persaingan kepada LINE dan WeChat, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia mula menerima persaingan dalam masa beberapa bulan lagi.


Sebuah permainan ringkas berbentuk pictionary turut hadir ke platform Facebook Messenger, dinamakan sebagai Doodle Draw.

Doodle Draw ini membawakan permainan seperti permainan popular Draw Something sebelum ini, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan dengan melakar pada skrin dan menghantarnya.

Permainan ini menjadi yang terawal hadir ke FacebooK Messenger, dan mungkin kita akan dapat melihat pelbagai permainan lain turut hadir ke platform sama tidak lama lagi.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .